
Walaupun saya antara yang bersemangat menyokong red Warriors, tapi saya agak sedih kerana Khalid Jamlus dihantar pada separuh masa kedua.
Tapi, paling menyedihkan...penyokong Kelantan. ( Sesungguhnya aku raso malu sungguh dgn perangai kure ajar setengoh2 penyokong hok main bakar2 kerusi ni! )
Yang menang tetap menang, yang kalah jangan tunjuk salah.
Walaubagaimana tinggi semangat kenegerian kita, tunjukkanlah semangat kesukanan kita.
Amat tidak wajar kalau penyokong membakar kerusi stadium hanya kerana kita kalah.
Hormatilah kesungguhan pemain yang telah bertungkus lumus di tengah padang.
Apapun, buat Kapten Indra, kita cuba lagi tahun depan, tapi kalau boleh, jangan lah peminat bola sepak kelantan jadi biadap sangat! BUkan provoke, sekadar memesan.
******************************************************
Walaupun Kelantan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan, kami tidak kecewa dengan corak permainan yang ditunjukkan pemain tetapi kebanyakannya kecewa dengan sikap penyokong Kelantan yang tidak boleh menerima kekalahan.
Tahniah juga diberikan kepada Pemangku Raja, Tengku Faris Petra dan Tengku Amalin Aisyah Putri bersama-sama Pemimpin-pemimpin Kerajaan Kelantan yang turut hadir ke Stadium Bukit Jalil, walaupun Pasukan Bolasepak Kelantan dipimpin oleh Tan Sri Anuar Musa. Ini menunjukkan sukan bolasepak Kelantan tidak membezakan fahaman politik.
Turut berada di stadium malam tadi adalah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Ya’kob serta Exco-Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Husam Musa, Dato’ Takiyuddin Hassan, Dato’ Annuar Tan, Abdul Patah Mahmud, Dr Fadli Hassan, Wan Ubaidah Omar.
Speaker DUN Kelantan, Nasruddin Daud dan timbalannya Mohd Zaki Ibrahim juga turut memberi sokongan.
Turut juga hadir Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS yang memberi sokongan kepada Kelantan, Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah; ADUN-ADUN yang ditemui hadir ADUN Bukit Tuku, Abdul Fatah Haron; ADUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat; ADUN Air Lanas, Abdullah Yaakob;, ADUN Semerak, Wan Hassan; ADUN Gual Ipoh, Wan yusoff serta Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Md Nawi.
Difahamkan juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato Ibrahim Ali yang menyumbang 4,000 keping tiket kepada penyokong-penyokong Pasir Mas.
***********************************************************
MALU DENGAN GELAGAT PENYOKONG SENDIRI.

set2 demo nih wat malu ko kawe, wat malu ko pemimpin kito jah, kawe nak masuk office guano la, keno perli abis doh ko puok2 negeri lain..adeii la..lain kali wat bendo tu, pikir la panjey, nok sokong wat caro nok sokong, pemain kito rileks jah, tp hok menyokong lebih pado TOK RETI BAHASO sungguh...( ni memey norapalestina.blogspot.com )


