NORA's ELECTRONIC INTIFADA TO SUPPORT THE KHILAFAH

NORA's ELECTRONIC INTIFADA TO SUPPORT THE KHILAFAH
Khaibar O`Zionist and Secularism. Support HAMAS and PALESTINE.

Wednesday, December 31, 2008

Saat Cinta Bertasbih *Siri 1


Siapalah Ana untuk tidak meredhai, siapalah Ana untuk tidak merestui .. tapi Ana lebih tahu kenapa berita itu patut Ana tangisi.

JIka benar upacara itu akan berlangsung March ini, adakah masih belum terlambat untuk Ana mendoakan supaya hatinya merubah kepada Ana? Siapa sebenarnya yang tahu akan jodoh melainkan Tuhan Mu? Siapalah yang merestui selain Tuhan Mu iaitu Allah? Siapalah sebenarnya yang memakbulkan doa mu jika bukan Tuhan Mu iaitu Allah?

Ana tahu akan kelebihan dan kekurangannya. Tapi Ana lebih cenderung menyamakan antara mereka berdua akan seperti rakan perjuangan. Ana tidak mahu hilang rakan seperjuangan Ya Allah..Ana sudah banyak belajar untuk melarikan diri dari keadaan begini, kerana bagi Ana, biarlah yang datang itu pergi, dengan keadaan Ana tidak melihat dalam jiwa-jiwa yang hadir itu ada perjuangan disisi Mu ya Allah. Tapi, untuk kali ini, Ana melihatnya ya Allah.

Ana tidak mahu kehilangan rakan seperjuangan..Ana hanya miliki masa kurang dari 4 bulan, yakni 16 minggu..yakni..beberapa hari...Ana tahu, yang dia hanya ada satu jalan yang paling mulia supaya isi dalam jiwa dan hatinya dapat dimakbulkan..Doa pada Allah, adalah kaedah termulia. Perkara yang mulia, dengan kaedah yang mulia, pada Tuhan paling mulia,iaitu Engkau ya Allah.

Engkau izinkanlah si Ana ini, bersama dengan rakan seperjuangannya ya Allah.

nora: Ana, doa itu senjata orang mukmin. Jangan sesekali berputus asa dalam menginginkan sesuatu yang terbaik buatmu Ana. Ana, aku yakin, jika hatimu yakin pada Allah, akan kau miliki apa yang terbaik pernah kau impikan.
Aku akan bersama Ana.

-Everyday A better believer-
saat CInta Bertasbih*siri 1
31/12/2008

Monday, December 29, 2008

Antara batu di Palestin dan bola bowling ?


Di TKO, seminit lepas melayari, aku terkesima dgn sebuah hujah dari seorang forumer ni, nicknya loomut .

Berkenaan dgn siri serangan Israel ke atas Palestin...satu hujah yang menarik dari beliau..

Yahudi laknatullah semakin bermaharajalela of course atas restu US untuk melakukan keganasan dan kezaliman terhadap umat Islam. Namun umat Islam hanya mampu mengutuk dan mengadakan demontrasi2 anti- Israel/US dan pada waktu yg sama anak2 kecil, kaum2 wanita terus menerus disembelih Israel.

Sampai bilakah kita akan hanya mengutuk, mengutuk, mengutuk, mengutuk, mengutuk, mengutuk, mengutuk, mengutuk, mengutuk, mengutuk bla, bla....sampai akhirnya kita mungkin akan jadi orang yg TERKUTUK sebab hanya pandai MENGUTUK !

Yg paling amat sedih ada yg secar sinis menuduh org2 palestine ini hanya melakukan kerja bodoh melontar batu pd askar2 yahudi laknat ini ie seumpama menyalak bukit sebab tiada kesannya berbanding anjing2 yahudi yg lebih jauh canggihnya persenjataan mereka.

Ingatlah...bahawa mereka membaling batu hanya kerana untuk MEMPERTAHANKAN tanah air kita sedangkan kita disini tenang dan aman membaling bola bowling, memukul kayu golf etc. Begitu kerdilnya kita berbanding pengorbanan mereka walaupun hanya dlm bentuk balingan batu !

Moga Allah swt melindungi mereka dan moga muncul nanti satu kuasa Islam yg akan menjentik2 telinga Yahudi yg sombong, takbur dan zalim ini !


-nora-
Everyday a better believer

Tiga Cahaya di hari kiamat



Thank you Hizam for this email, so i share the info at my blog now!


Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga

menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan dimasjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana
ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara
tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati
setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang
disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan
mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.
begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.


nora
-Everyday A better believer-

Demo Palestine di Kedutaan Amerika




KEJAMNYE AMERIKA!!!!!!!!!

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18513&Itemid=1

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengajak semua rakyat Malaysia memastikan kehadiran mereka dalam perhimpunan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak bagi membantah keganasan terburuk pengganas-pengganas Israel di Gaza sepanjang konflik Palestin-Israel sejak 1967.

Intifadah tersebut akan diadakan Selasa ini, 30 Disember, jam 11.00 pagi.

Salahuddin menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik menyemarakkan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika itu.


"Jika anda ragu-ragu untuk menyertai Intifadah rakyat Malaysia menentang keganasan Israel Selasa ini, anda boleh membaca apa yang diucapkan oleh seorang pegawai pertahanan awam entiti haram Israel bernama Ofer Shmerling: Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel".


Minta Sebarkan tidak kira anda parti mana sekalipun. Isu ini mesti diperjuangkan bersama. Hari ini Israel lancarkan serangan kedua membunuh lebih 280 orang awam di gaza.


-nora-
Everyday A better believer

I look, I See - by Yusuf Islam


Lagu ni dah lama, dan aku shj yang ketinggalan kerana baru tahun ni aku tahu akan kewujudannya.
Sangat best!

I Look I see - by yusuf islam ( and his friends from Islamia School, United Kingdom )




I Look I See
I look, I look, I look, I see
I see a world of beauty
I touch, I touch, I touch, I feel
I feel a world around so real
And everything I do
I dedicate to You
Cause You made me
I am for You

I listen, listen, listen, I hear
I hear the words of God so clear
I read, I read, I read, I know
It helps my knowledge grow
And everything we do
We dedicate to You
Cause You made us
We are for You
I listen, listen, listen, I hear

He sent the Prophet to show us the way
He made Religion perfect that Day
Peace be upon him, upon him we pray
Salatullah, wa salamu �alyhi

I sleep I sleep, I sleep, I dream
I dream I�m in a garden green
I wish, I wish, I wish I pray
I pray to be here everyday
And everything I do
I dedicate to You
Cause You made me
I am for You

I work, I work, I work, I strive
To make something of my life
I seek, I seek, I seek, I find
I find another hill to climb
And everything we do
We dedicate to You
Cause You made us
We are for You
I look, I look, I look, I see

He sent the Prophet to show us the way
He made Religion perfect that Day
Peace be upon him, upon him we pray
Salatullah, wa salamu �alyhi (x2)



-nora-
Everyday a better believer

my favourite album-A night of Remembrance


i have come crossing nasheed songs lately, an international nasheed songs, get to know international nasheed group and solo like the already famous Yusuf Islam, and others like Native Deen, Soldier of Allah, Zain Bhikha, Sami Yusuf and the most in my favourite list is Muhammad al-Husayyan.

One of my favourites is Maulai , completely wonderful sang by Muhammad Al-Husayyan, he also featuring with Raihan for song Araftu'ka. That's also wonderful.

Let's listen these wonderful songs, the nasheed!

Product description:

Night of Remembrance commemorated 20 years of Islamia Schools. Held at the Royal Albert Hall on 20th October 2003, Yusuf Islam was joined by friends from around the world to celebrate this anniversary and share the universal message of peace.

This unique experience will shortly be available on double CD with songs by Yusuf Islam (including Peace Train), Zain Bhikha, Native Deen and Khalid Belrhouzi. In addition to the songs the CD will also include talks by Hamza Yusuf Hanson, Abdal Hakim Winter and Prince Naseem Hamed.

Visit the official Night of Remembrance website here for more information, video and audio clips, and more - then buy your album at an official distributor of Mountain of Light / Jamal Records products .. IslamicBookstore.com !

Number of Discs: 2 Running Time (aprox.): 1h 20min Language(s): English, Arabic and Zulu

Sunday, December 28, 2008

PM Malaysia wajib Muslim dan bertakwa ?


Alhamdullilah, saya kekenyangan. Barusaya habiskan makan malam sekejap tadi dengan nasi puteh ayam goreng kunyit. kegemaran sejak dari sekolah menengah lagi.. :D

Anyway, sempat melayari blog Roslan SMS. Ada satu tajuk yang menarik minat saya untuk dikongsi sama,

Ulasan berkaitan ketidakpuasan hati seorang pemimpin warga Cina yang bukan Islam, terhadap komentar TGHA mengenai ciri2 harus pada seorang PM malaysia.

Pemimpin warga cina ini,Presiden Hua Zong yakni Persekutuan Persatuan-persatuan Cina se Malaysia, Tan Sri Lim Gait Tong menyatakan TGHA sbgai sempit fikiran kerana meletakkan ciri2 melayu dan islam sebagai PM malaysia.

boleh rujuk :
http://n32.blogspot.com/2008/12/pas-tidak-sempit-pemikiran-kerana.html

secara peribadinya, saya sebagai Muslim, seharusnya meletakkan Muslim sebagai calon terbaik utk menjadi pemimpin saya, dan muslim itu tidak pada namanya sahaja, tp pada ketakwaannya, kalau boleh melebihi takwa orang2 lain, tapi bagaimana kita hendak menilai ketakwaan dalam kepimpinanannya? sudah tentulah boleh, bukan dari segi solat 5 waktu atau berpuasa atau menyebut2 islam shj, bahkan berusaha melaksanakan cara pentadbirannya mengikut as-sunnah , al-Quran dan hadis..dan bersungguh-sungguh menentang golongan yang cuba membawa rakyat ke arah hedonism. Di Malaysia, ciri sebegini ada pada siapa? Saya tidak faham bila sebahagian kawan2 mengatakan sama shj perjuangan BN dan PAS..dasarnya berbeza, kepimpinan paling hadapan juga cukup berbeza. Ulamak..kita diasuh menghina ulamak oleh media? Dan dalam masa yang sama kita pun turut menghina, tidak melahirkan rasa kasih pada para ulamak sedangkan ulamak itu pewaris nabi S.A.W..keinginan kita pada agama Allah seharusnya tidak pada makan, minum, ibadat sahaja..halal dan haram dalam kehidupan seharian shj, tapi pentadbiran? memilih pentadbiran? kepimpinan? memilih kepimpinan..?

dan saya sangat setuju dgn salah seorang responder dari blog Roslan SMS ni...saya copy dan paste di sini;

Salam

alhamdulillah saya dah nampak
TGHA tegaskan Melayu ATAU Muslim

Pemalar : Perlembagaan Malaysia
Premis satu : Melayu itu WAJIB/MESTI Muslim
Premis dua : TGHA mahukan Melayu jadi PM
Konklusi : TGHA mahukan Muslim

Pemalar : Prinsip asas Islam
Premis satu : Muslim tak semestinya Melayu
Premis Dua : TGHA mahukan Muslim jadi PM
Konklusi : TGHA mahukan Muslim

Pi mai pi mai orang Islam jugak
Asalkan bertaqwa
Apa nak gaduh2~

Bacalah dengan dua lapis! =)




:D

Saya doakan kemenangan berpihak pada Islam yang syumul, bukan pada Islam sekular.

-nora-
Everyday A better believer.

Teks Isu HUDUD dari Dato Seri Anwar





___________________________________________________________________
Assalamualaikum,

Jam menunjukkan pukul 645pm. Seharusnya saya sudah pulang, tetapi ada halangan bersama technician2 lain yg menyebabkan saya ambil keputusan utk pulang jam 0700.

saya rasa saya ingin berkongsi satu bahan bacaan yang saya dapat dr TKO seminit tadi.
--------------------------------------------------------------------


boleh rujuk tranungkite.net ;

teks DSAI ttg HUDUD, penuh hikmah,dah saya rasa penuh tanggungjawab.

TEKS ANWAR

Jawapan:

1. Masyarakat bukan Islam tak perlu bimbang langsung kerana undang-undang Islam tidak akan dipaksakan ke atas mereka. Islam agama adil yang menghormati hak penganut agama-agama lain.

2. Kepada masyarakat Islam, undang-undang Islam wajib dilaksana tetapi secara berhikmah, bukan secara tergesa-tergesa. Saya tegaskan bahawa semua undang-undang Islam memang wajib ke atas umat Islam tetapi saya bagi jaminan tidak akan dilaksanakan secara tergesa-tergesa.

3. Kita kena faham bahawa sudah lama imej Islam diburukkan oleh pemahaman salah umat Islam berhubung kenyataan salah kepimpinan UMNO sebelum ini. Contohnya, ada pemimpin UMNO yang memfitnah bahawa menurut undang-undang Islam, 4 saksi diperlukan dalam kes rogol! Ini tidak benar. Kenyataan salah seperti ini yang membuatkan Islam kelihatan buruk.

4. Berhubung pelaksanaan undang-undang Islam, saya akan mulakan dengan kaedah pendidikan di sekolah di mana dalam matapelajaran agama Islam, pelajar akan diberi penerangan tentang undang-undang Islam yang sebenar. Salahfaham mesti diperbetulkan. Contohnya, bukan semua kes mencuri dihukum dengan potong tangan. Nabi Muhammad menjelaskan bahawa hukuman hudud tidak perlu dilaksanakan dalam kes kes yang ada keraguan. Orang yang mencuri kerana miskin contohnya. Islam tidak fanatik hendak memotong tangan orang. Islam mengiktiraf kaedah takzir (iaitu hukuman yang bukan hudud ) dalam kebanayakan kes..

5. Berhubung isu besar seperti ini, saya tidak setuju bahawa ia perlu diputuskan secara individu oleh mana-mana pemimpin. Seperti isu bahasa untuk Sains dan Matematik. Keputusan yang dibuat secara tiba-tiba tanpa konsultasi dan perbincangan, dan pelaksanaan secara tergesa-tergesa akan menimbulakan banyak masalah, seperti dalam isu Sains MAtematik sebelum ini..

Saya akan panggil semua pihak, alim ulamak dari seluruh negara tanpa mengira fahaman politik untuk membincangkan solution bagi masalah ini. Pakar undang-undang dan wakil dari Majlis Peguam dan pertubuhan hak asasi manusia akan turut dipanggil untuk memberikan pandangan dalam proses mendraf undang2 yang selaras dengan syariah Islam.

5. Selepas beberapa tahun, survey akan dibuat untuk melihat penerimaan umat Islam terhadap isu ini. Sekiranya terdapat banyak tentangan, mungkin undang2 Islam boleh dibuat secara berperingkat. Sebagai contoh, untuk ahli-ahli PAS dan orang Islam yang ingin kepada undang2 Islam, mereka boleh menandatangani borang menyatakan mereka ingin undang2 Islam dilaksanakan ke atas mereka. Justeru, tidak timbul masalah undang2 Islam dipaksakan ke atas sesiapa.

Saya yakin kebaikan undang-undang Islam akan terserlah apabila ia mula dilaksanakan dan tidak timbul langsung sebarang paksaan.

Sebagai manusia, saya mungkin tersilap dan sedia menerima teguran.


saya , sebagai seorang islam, menyokong kewujudan system hudud dalam pentadbiran Malaysia. Dan, untuk menukarkannya, perlulah ada hematnya, dan perlulah juga diperbetulkan dahulu mentaliti2 orang2 yang telah tersasar jauh pemikirannya ttg hudud..terutamanya orang islam itu sendiri..ntahla, kerja siapa yang mensasarkan rakyat malaysia agar terpisah jauh antara politik dan agama...

-nora-
Everyday A Better believer

Saturday, December 27, 2008

sepetang di pantai milik Allah

Kelihatan seperti hantu air..yer ..macam dua ekor hantu air, yang membuatkan Fakeh terpegun dan membuatkan Usaid seperti terkejut dan hendak melarikan diri...















Owh..bukan hantu air..Faisal dan Wali rupanyer...anak2 buah kesayangan gua rupanyer yer!













Fakeh, bercita-cita menjadi ustaz, tapi ape kes ustaz melompat cam monyet ni?















aksi perasan dan budget cool dari Faisal dan Fakeh., Ape2 jer la korang ni...







Comelnya Usaid sedang bergelak ketawa dengan wali.

p/s: Photo diambil menggunakan Nikon D-40 dimana photographernya belum 'bertauliah'!



Tabarakallah..ya Allah ...
sejukkanlah hati saya ini ya Allah.

Pantai ini milik Allah. Berlokasi di Dungun.
Hari Jumaat, petang. Saya dan mereka menghabiskan masa sejam di Pantai Dungun.
Saya, ( selaku kakak ) , adik-adik saya ( yang sebenarnya anak sepupu saya - Faisal, Fakeh, Wali dan Usaid ).

BUdak budak lelaki ni memang betul betul memenatkan aku, si abang bukan nak menjaga adiknya, tapi asyik berebut nak bermain ombak di tengah pantai. Jenuh aku berteriak minta jangan bermain di tengah laut.

Ada cerita lucu. Seluar faisal tercabut dan *censored*..haha, budak-budak..isk2..

Here are the photos, and a photo speaks for thousand words ..


-nora-
Everyday A better believer

Gambar pertama dan kisah berjuang..


My first photo taken by my CIk Nik, during lunch with Mat Dex and his geng. He incidently dropped at the same restaurant where i was.

--------------------------------------------------------------------------------------------
ok guys. Inilah gambar pertama yang aku ambil dengan Cik Nik. Aku teruja untuk memiliki satu Nikon ni sebab aku dah terkawan baik dgn Saiful dan Paktam. ( My mechanical otai - dekat company aku nih! ), so bila asyik pinjam diorang punya...( takder la pinjam tapi menggunakan shj.. ) hehe..jadi aku terfikir untuk memiliki untuk diri sendiri, aku nak isi masa lapang yang kosong ni dgn aktiviti mengambil gambar! Paktam dan Saiful propose beli Nikon D-60 dan ke atas, aku rasa, sbb aku beginner..jadi aku just ambil yang D-40! Anyway, sepatutnya aku jadi geng Masyir , sbb pada awal2 nya aku nak beli yang Canon, tp bila dapat nasihat dari kakak ( kakak i pun minat SLR jugak ), jadi , aku rasa aku follow my sis nyer proposal, jadi aku tak masuk geng Masyir! Haha, aku geng Paktam and Saiful..ape2 ajer lah...
---------------------------------------------------------------------------------------------


Anyway, pernah dgr tak kata-kata hikmah ni ..
" Mengharap senang dalam berjuang,
bagai merindu rembulan di tgh siang,
jalannya tidak seindah sentuhan mata,
pangkalnya jauh, hujungnya belum tiba "
Setiap orang sedang berjuang, berjuang sebagai pelajar, berjuang sebagai pekerja, sebagai suami, isteri, sebagai ahli politik, doktor dan sebagainya. Jadi, disebalik perjuangan kita, paksikan niat kita hanya semata-mata kerana Allah. Pagi-pagi keluar rumah, pergi kerja bukan sebab bos, tapi fikir kerana rezeki yang halal untuk keluarga, keluar rumah pergi sekolah bukan kerana takut akan guru besar, tapi untuk dapatkan ilmu Allah yang bertebaran di pelosok dunia ini, samalah jugak jika kita berpolitik, berjuang sebagai ahli politik, berpolitiklah dgn berpaksi pada jalan Allah, dan sebagai orang Islam, sudah tentu jalan terbaik adalah memilih untuk menyokong gerakan Islam.
:)
Anda bagaimana?
-nora-
Everyday A Better Believer.

Saya dan Cik Nik.


Benarlah, Nikon D40 ni mahal. Kenapa tak terbeli yang digital camera biasa? Ntah la, saya cuba mencari kelainan. Niat saya, menjadikan hobi baru dgn mengambil gambar keindahan alam ciptaan Allah. Ini salah satu cara mengisi masa muda, mengisi masa lapang, mengingatkan gambar gambar indah kepada Allah. Gambar ini bukan gambar pertama saya ambil dengan Cik Nikon..baiklah, mulai hari ini saya akan memberi nama pada camera baru saya ni..urm..Cik Nik. Haha..ok tak? Ape-ape hal , nanti saya upload lagi gambar lain hasil dari Cik Nik ni.

p/s : Baru nak belajar jadi photographer, so, kalau gambar tak cantik, bukan salah saya!!

:)

-nora-
Every day a better believer.

Friday, December 12, 2008

Mengenali Dr Idham Lim


Assalamualaikum,


saya baru mengenali beliau tahun ini, waktu terbeli satu CD ceramah dari Ustaz kesayangan saya, Ustaz Nasuruddin Daud, rupa-rupanya ada dua versi ceramah, audio kedua dari Dr Idham Lim. Masya Allah, kagum dengan bahasa kelantan yang dia gunakan, sungguh petah.


Cubalah kenali beliau.
*****
Selalu ingat pesan Tuan Guru, jangan bersikap racist, racist ini sifat Yahudi, mengagungkan bangsa, menjadikan agama hanya untuk bangsa nya, menganggap hanya bangsanya sahaja yang suci.
Jika dikira pada Melayu, apalah sangat harga pada bangsa ini di Padang Mashyar, cuba la berfikir jauh sedikit, berpaksikanlah pada Islam, jadikan Islam sebagai perjuangan, jika semua kita bersatu atas dasar Islam, baru kita dapat melihat kebesaran dan keberanian itu milik Allah. Dan besarnya pahala berjuang pada paksi agama Islam, bukan pada bangsa semata-mata.
*****
" SMAsH RACISM "
*****
nEra jEnillah HusayY
everyday A better believer
_____________________

Suatu kisah yang tiada dalam media perdana..

Photo : Tuan guru dikelilingi anak2 orang Cina di Bandar Kota Lama, Kota Bharu.

_________________________________________________

Satu cerita yang hendak di kongsi...tiada dalam media arus perdana, seharusnya kita kagum dengan pencapaian anak melayu Islam seperti tuan guru kerana :

http://idhamlim.blogspot.com/2008/12/presiden-kesatuan-eropah-kagumi.html

Presiden Kesatuan Eropah kagumi kepimpinan Nik Aziz

KOTA BHARU, 11 Dis :-Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan.Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini.Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland . Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim.Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kelantan.

Tuan Guru juga berkata beliau telah ditanya berkaitan dengan perbezaan corak pentadbiran dengan pusat dan beliau menegaskan bahawa selagi corak pentadbiran Pusat tidak berlandaskan Islam, selagi itulah kami akan menegurnya.Beliau juga berkata selepas kerajaan PAS mengambil alih Kelantan, beliau terus menukarkan semua akaun bank milik kerajaan kepada bank Islam yang tidak berlandaskan riba dan kini sudah banyak bank-bank yang menawarkan sistem perbankan tanpa riba.Menyentuh kepada pemimpin sesebuah negeri ianya tidak semestinya keturunan melayu, Kaum lain seperti Cina juga boleh menjadi ketua negeri asalkan ia seorang yang alim dan warak serta menurut perintah Allah SWT."Sebab itulah kini,kita lihat adanya kelab penyokong PAS dari kaum-kaum lain, mengapa mereka tak tubuh kelab penyokong Umno kalau Umno itu betul gak,"ujar beliau.

Kerajaan Kelantan kini juga mempunyai penghulu dari kaum-kaum lain bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negeri ini tanpa mengira agama.Dari segi ekonomi pula, kerajaan beranggapan ekonomi tidak salah tetapi ahli ekonomi yang telah membunuh ekonomi itu sendiri, riba telah diteruskan secara berleluasa."Islam melarang duit membuat duit,mana boleh kita duduk diam-diam,duit datang berterusan,itu namanya riba, sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah,kenderaan dan komputer,mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini,"katanya lagi.Manakala ketika ditanya tentang pelaburan di negeri ini, Tuan Guru berkata ia tidak dibincangkan bersama delegasi ini,namun kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini seperti dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi,minuman dari alkohol dan pelbagai kegiatan maksiat.

Sementara itu, Marc Barety pula melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz dan beliau tidak merasa janggal walaupun corak pentadbiran negeri ini berbeza dengan negeri lain seperti Sabah dan kedah yang sebelum ini pernah dikunjungi beliau."Pentadbiran sebegini akan berterusan kerana ia dipilih secara demokrasi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada rakyatnya,"ujar beliau.

Sementara itu, isteri delegasi tersebut turut diraikan oleh isteri Menteri Besar,Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak,mereka dibawa ke pusat kraftangan dan Pusat Batik di sekitar bandar Kota Bharu.http://www.harakahdaily.net.

Tentang ayahanda kami di Kelantan.





*****

Maju Islam terus Maju dibawah kepimpinan Ulama'

*****
nEra jEnillah HusaYy
Everyday A better believer.

______________________

Kakak dan suasana di Medan Ilmu

Baiklah, saya tujukan posting ni buat kakak kesayangan, Nurhana. Dia la yang banyak membebel apabila tiada update pada blog saya ini. Dua gambar dibawah ini diedit oleh saya, dimana di'capture' oleh kakak.


Tajuk: Suasana ceramah pagi di Medan Ilmu, Kota Bharu, pada jumaat 05 Dec 08, jam 0900 pagi, sementara menunggu ketibaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz memulakan kuliah pagi beliau.



Carilah ilmu, dengan niat untuk mencari keredhaan Allah.

Berilmu, Beriman dan Beramal.
--------------------------------------------------------------
nEra jEnillah HusayY
everyday A better believer
-------------------------------------------------------------

Kisah Nabi Daud A.S dan Ulat kecil


Sudah lama saya tinggalkan blog ni, kesibukkan kerja, out-station, perayaan dan urusan seharian memenatkan saya.


Apapun, Alhamdullilah, jiwa saya dalam ketenangan. Peluang balik ke kampung berhari raya dengan keluarga adalah satu rahmat.




Ada satu kisah ingin diceritakan tentang Nabi Daud dan Ulat. Kisah teladan ini saya pernah bacakan pada Morning Meeting sebelum memulakan kerja ;


*********


Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.


Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik saja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa saja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.


*******


Selesai kisah ini saya ulaskan pada teman-teman seperjuangan pada Meeting pagi itu, saya kaitkan dengan situasi di pejabat. Setiap orang ada peranannya, sekecil-kecil peranan seorang praktikal student ( memandang ke arah Siti ), saya katakan Siti mungkin membawa ilmu yang ada di dalam dada untuk dikongsi dengan kita semua, walaupun mungkin dia tidak berdaya untuk membuka nat-nat pada motor, mencabut skru-skru yang berkarat macam Zul dan Hadi mampu melakukan ,atau kerja-kerja lain.


Secara keseimpulannya, jangan mengecilkan orang pada kedudukkannya. Dia membawa peranan sendiri di bumi Allah ini.

Teringat akan kata kata Tuan Guru




Hari Wukuf. 07 Dec 2008.
Program penghayatannya di Masjid Ismaili, Tumpat.

Sekali sekala pulang, sudah lama tidak berkesempatan ke majlis ilmu Tuan Guru, bila dapat tahu ada jemputan khas, Tuan Guru di program tersebut, kebetulan Nora bercuti, dia mengajak adik adik perempuan dan kakaknya ke program tersebut.

Majlis dimulai dengan solat beramai ramai diImami oleh Tuan Guru. Dan, kemudian disertakan dengan ceramah dan amanat beliau.

Teringat hingga hari ini akan salah satu kata-kata daripada beliau..

“ Suami ni, jangey ingat bini ni..habis stakat jadi bini dio jah..keno ingat bini kito ni, bukan stakat bining, dia ni hamba dan makhluk Allah, sabik keno ingat, keno biar dio wat keje untuk Allah, buke untuk suami tu sajo, dio pun makhluk Allah, kito pon makhluk Allah, masing2 ado tanggungjawab dengan Allah”

Kagum dengan kata-kata itu. Tuan Guru menghargai kaum wanita, mengingatkan semua tentang kekuasaan Allah dan sifat seorang hamba itu tanpa mengira semua peringkat.

Dari jauh, Nora melihat beliau berjalan selepas bersalaman dengan para hadirin yang hadir. Kecil sahaja tuannya, tapi jiwa Islam nya besar. Panjangkanlah umurnya ya Allah.

Tips Imam Ghazali


29 Nov 2008, saya berkesempatan mengikuti satu program anjuran Badan Kebajikan Islam tempat kerja saya, antara agenda yang paling menarik adalah ceramah dari Utaz Mohd Fitri B Abdullah, seorang India Muslim. Saya kagum dengan ilmu-ilmu yang dia miliki.

Antara ulusan yang dapat saya kongsi bersama pembaca adalah mengenai tips-tips dari Imam Ghazali yang beliau kongsi bersama .

Tips-tips Imam Ghazali
1. Selalu bersolat di awal waktu
2. Amalkan bacaan Al-Quran setiap hari
3. Bacakan hadis nabi kepada anak-anak, dan amalkan setiap hari.
4. Memperbanyakkan sedekah kepada yang betul memerlukan.
5. Ajarkan doa-doa harian buat anak-anak.
6. Isteri harus sentiasa memotivasikan para suami.
7. Isteri diharuskan hidup tanpa bermewahan, dengan syarat tidak membebankan para suami.
8. Wanita di haruskan selalu berzikir dan mengamalkan solat tahajud pada malam hari.

Semoga perkongsian ini , jika diamalkan, dapat membantu memberi ketenangan dan kesederhanaan kepada kita.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
nEra jEnillah HusaYy,
everyday A better believer.
-----------------------------------------------------------------------------------------------