NORA's ELECTRONIC INTIFADA TO SUPPORT THE KHILAFAH

NORA's ELECTRONIC INTIFADA TO SUPPORT THE KHILAFAH
Khaibar O`Zionist and Secularism. Support HAMAS and PALESTINE.

Saturday, January 31, 2009

Tentera pilihan Allah di bumi Syam, Yaman

Rasanya tidak sedap duduk jika sehari tidak menghabiskan masa dengan membaca, walaupun dengan hanya satu article. Ia sudah menjadi tabiat saya sebelum tidur membelek koleksi harakah atau majalah2 lama yang saya kemaskan di dalam rak buku di ruang bilik tidur.

MEninggalkan ruangan situasi politik negara dalam akhbar harakah, saya tertarik dengan satu tulian dari kolum Bingkisan Dari Yaman , tulisan Imran Al-Malizi. Tulisan bertajuk "Tentera pilihan Allah di bumi Syam, Yaman".
Tulisan beliau sangat menyentuh akan rasa kebenaran hadiths Nabi yang ditinggalkan Baginda SAW sebelum wafat, dengan realiti yang berlaku sekarang. Ya, seakan-akan hadiths Baginda SAW itu subur sekali berbicara pada situasi sekarang ( merujuk pada kezaliman Israel terhadap Palestine ).

Saya berusaha untuk meringkaskan tulisan saudara Imran Al-Malizi ini, supaya mudah di'telan' walaupun sekali-lalu sahaja kalian membacanya di blog saya ini.

***********************************

1. Riwayat Hadis Ibnu Hawalah r.a, Nabi SAW bersabda " Akan berlaku pada urusan (agama ini), hingga kamu akan menjadi tentera yang berpasukan-pasukan. Tentera di Syam, tentera di Yaman dan tentera di Iraq"

Kata Ibnu Hawalah, " Pilihkanlah tempat untukku wahai Rasullulah, sekiranya engkau kehendaki."

Lalu, Rasulullah bersabda, " Hendaklah kamu berada di Syam, sesungguhnya ia adalah bumi pilihan Allah di mana di situlah terdapat hamba-hamba pilihan-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat menempatkan diri disana, hendaklah engkau berada di Yaman. Berilah minum daripada tadahan air kamu. Maka sesungguhnya Allah telah memberi jaminan kepadaku dengan negeri Syam dan penduduknya.

( Dari Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih ).

Hadis ini menceritakan kelebihan bumi Syam dan penduduknya, dimana difahami negeri Syam ini terbahagi kepada Palestine, Syria, Lubnan dan sebahagian Jordan.


(sekadar gambar hiasan)

2. Satu hadis diriwayat oleh Abu Umamah r.a , Sabda Rasullulah SAW “ Akan tetap ada satu golongan daripada kalangan umatku berada atas kebenaran, mereka menang - mengatasi musuh-musuh mereka melainkan apa yang menimpa mereka daripada penderitaan hidup (kelaparan dan kesusahan), sehinggalah dating perintah Allah (Hari Kiamat) sedangkan mereka tetap dalam keadaan begitu.” Para sahabat bertanya, “ Dimanakah wahai Rasullulah?” Jawab Baginda SAW, “DI Baitulmaqdis dan di sekitar Baitulmaqdis.” – Hadis riwayat Imam Ahmad.

Perebutan terhadap Baitulmaqdis terpapar dalam sejarah dunia Islam, apabila peperangan sebanyak lebih 1000 kali telah berlaku bagi menguasai Baitulmaqdis, sehinggakan ada pepatah mengatakan, “ Sesiapa yang memiliki Al-Quds ( Baitulmaqdis atau Jerusalem ), maka dia dapat menguasai dunia”.

Pada tahun 15 Hijrah, dimana kemenangan berpihak kepada tentera dari pihak Saidina Umar al-Khattab telah menaklukinya, dan Islam berkembang selepas itu sehingga dua pertiga dunia. Inilah yang menyebabkan pemimpim2 tertinggi agama samawi lain seperti Yahudi dan Nasrani ingin merebutnya kembali.

3. Berbalik akan cerita orang Yaman pula, kisah bantuan orang2 Yaman terhadap tentera jihad telah lama berlaku, sehinggakan dalam satu hadis Sahih Muslim, sabda Rasul SAW “Akan mendatangi kamu Uwais bin Amir bersama tentera-tentera bantuan dari penduduk Yaman”.

Kisah Uwais bin Amir atau disebut juga sebagai Uwais bin Al-Qarni ini begitu masyur ketika beliau datang dari Yaman ke Madinah pada pemerintahan Saiyidina Umar b Al-Khattab r.a. Ini menunjukkan bahawa penglibatan penduduk Yaman dalam jihad dan tenaga keteneraan sudah diramalkan oleh Rasullulah SAW.


(sekadar gambar hiasan)

Sebagai contoh, mengambil kira akan situasi penindasan Israel ke atas Gaza sekarang ini, ada satu keadaan di Masjid Hamzah di Yaman, bila diadakan kutipan derma jihad, dari segi menginfakkan harta benda, mereka tidak berat tangan menandakan jihad harta mereka walaupun setengah dari mereka hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malah turut diceritakan, ada yang sampai menangis kerana hanya dapat menyumbangkan sebanyak 10 riyal ( 15 sen ).

Di Masjid itu juga, berpuluh-puluh resit menghiasi pintu dan dinding dengan jumlah kutipan yang besar hasil dari kutipan penduduk, yang jika dikira tidak mewah langsung kehidupan mereka.

4. Di dalam surah Al-Quran, Allah menyebut supaya sentiasa mendahulukan jihad dengan harta benda mendahului jihad mengorbankan nyawa. Berdasarkan surah as-saff (10-11) : “ Wahai orang2 yang beriman! Mahukah aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kamu berjihad dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih aik bagi kamu jika kamu mengetahui”

5. Pada hari Jumaat minggu yang lalu,sewaktu Syeikh Abdul Majid az-Zindani menggesa kutipan derma jihad dibuat di sebuah masjid berdekatan Hadda utk membantu para mujahidin di Gaza, sambutan sangat luar biasa.

Dalam sekelip mata dianggarkan berpuluh-puluh dolar Amerika berjaya dikumpulkan dimana rata2 penderma hanya berpendapatan sebanyak 40,000 riyal sebulan ( RM700)!

Tidak keterlaluan dikatakan yang ramai sungguh penduduk Yaman yang akan berlari-lari kearah Gaza bagi membantu perjuangan jihad saudara mereka sekiranya pintu sempadan Rafah, di Mesir dibuka.



(sekadar gambar hiasan)

Melihat sahaja pada perjuangan penduduk Yaman pada lewat 80-an membantu peperangan yang dihadapi oleh tentera Afghanistan menghadapai Rusia, turut membenarkan hadits Rasullulah ini.


*********************************

Maka habis disini sahaja ringkasan yang dapat saya sisipkan, saya sudah cuba yang terbaik untuk mengambil isi-isi penting dari article tulisan Saudara Imran ini. Ramalan Rasullulah dalam hadis2 beliau sangat bertepatan dengan situasi yang berlaku sekarang. Masakan lidah Baginda berdusta kerana perkataan-perkataan itu adalah yang Baginda sendiri pelajari dari Tuhan Allah yang menciptakan sekecil2 kuman.
Semoga tulisan Saudara Imran ini jika ketinggalan bagi kawan-kawan untuk membacanya secara penuh dan terperinci di Halaman harakah Fikrah, maka secara harus dan bertanggungjawabnya saya menyebarkan pengetahuan dan informasi ini sebagai penyumbang kepada ‘semangat-semangat’ yang belum terbakar, atau ‘semangat-semangat’ yang sedang membara.

Sekian, Wa’salam
-nora-
Everyday a better believer

4 comments:

Ori Hardian said...

Jazzakillah ilmunya ^_^

Azmar Abdullah said...

Alhamdulillah. mohon share maklumat.

Kita ada Allah said...

Artikel di tulis pada tahun 2009.Kebenaran kejadian berlaku pada tahun 2013

Anonymous said...

Maaf.tp exchance rate tu x betul.10 riyal rm 8.40 ribu riyal banyak juga tu.