NORA's ELECTRONIC INTIFADA TO SUPPORT THE KHILAFAH

NORA's ELECTRONIC INTIFADA TO SUPPORT THE KHILAFAH
Khaibar O`Zionist and Secularism. Support HAMAS and PALESTINE.

Thursday, May 28, 2009

Hadis tentang KEINDAHAN

Hari hari yang saya lalui sememangnya mendebarkan. Semuanya kerana gara-gara mahu jadi engineer! Dan gara-gara minta 'position' untuk 'plant'. Hari-hari menakutkan saya, kerana itu setiap pagi, saya habiskan Yassin hingga ayat ke 21, sebab Umi selalu pesan, Yassin boleh memberi ketenangan, itulah hati/jantung Al-QUran. Alhamdullilah, saya sangat lega hari ini kerana mereka-mereka yang berada dibelakang untuk memberi sokongan dan galakan pada satu 'project' yang saya rasa sangat besar bagi saya. (walaupun sebenarnya ciputtttt sahaja).

Saya bersyukur sangat2. Dan, maafkan saya wahai pelawat blog ini, saya tidak sempat nak update banyak, saya sangat penat dengan tugasan harian yang memerlukan saya banyak mentelaah, banyak berfikir, banyak berkomunikasi, banyak berjumpa dengan pelbagai orang dengan pelbagai karenah, kadang2 kita mahu didengar dan kadang2 kita juga perlu jadi pendengar. Saya sangat menghargai sesiapa sahaja yang hadir pernah membantu semua kerja yang telah terlaksana dengan jayanya. Sebagai hadiah buat kalian, sudilah kiranya saya membalas budi kalian dengan 3 petikan hadis sebagai hadiah ilmu yang tidak ternilai harganya. Semoga ilmu ini adalah enzim pendekat diri pada ALLAH.

Hadis tentang KEINDAHAN :

Dari Abdillah bin Mas'ud ra. bahwa Rasulullah saw bersabda, "Orang yang mempunyai sifat sombong sedikit saja di dalam hatinya tidak akan masuk surga." Seseorang berkata, "Bagaimana halnya ihwal seseorang yang mempunyai pakaian-pakaian yang indah dan sepatu-sepatu yang indah?" Rasulullah saw bersabda, "Allah itu indah dan Allah menyukai keindahan (Seseorang tidak disebut sombong jika ia mempercantik dirinya). Kesombongan terletak pada penolakan terhadap kebenaran danmemandang orang lain rendah." (Muslim)
dan banyak lagi ilmu hadis ada disini : http://taaddud.multiply.com/journal/item/16

Dan, demi mengembalikan semangat kerinduan dan kecintaan pada Palestina, sebuah lagi video cinta untuk Brigade Izuddin Al-Qassam (HAMAS).



Dan tidak lupa juga, sokongan moral dari blog ini buat HIZBULLAH!

No comments: