NORA's ELECTRONIC INTIFADA TO SUPPORT THE KHILAFAH

NORA's ELECTRONIC INTIFADA TO SUPPORT THE KHILAFAH
Khaibar O`Zionist and Secularism. Support HAMAS and PALESTINE.

Saturday, December 26, 2009

Royalti? Papan Tanda di P.Chepa.

Berkesempatan pulang ke Kota Bharu, dan mengelilingi Bandar Pengkalan Chepa, saya terpandang sebuah papan tanda ini;

Royalti, Menarik.



Setahu saya, Kelantan dan kepimpinan mereka sedang sibuk dengan agenda memberikan ilmu pengetahuan kepada orang-orang dikampung tentang pengeluaran minyak dari negeri Kelantan.

Benar, yang benar perlu diletakkan pada arasnya, tapi jangan terlupa bahawa ALLAH meminta kita bersabar. ALLAH sudah menyiapkan perancangan Nya. Jika UMNO sedang berlaku adil tiada apa-apa yang PM dan penyokong mereka perlu risaukan.( terutamanya 100 orang pakcik Teksi dan pemuda-pemuda yang diupah di depan Pejabat SUK awal bulan ini, datang berdemo minta TGNA tarik balik doa itu, dan minta TGNA meletakkan jawatan ).Tapi pelik ya, kenapa PM kita takut sangat bila diperhebahkan dengan doa dari TGNA itu.

Saya doakan PM kita sentiasa sihat untuk diberikan peluang sekali lagi 'berfikir'.

Wang Ehsan? Sama dengan ROyalti? Kenapa salurannya pada JPP? JPP bukan kerajaan..JPP kroni ayam dato' dato sebelah 'sana'.

PETRONAS sudah berlaku adil, saya yakin PETRONAS sudah berlaku baik dengan semua negeri, tapi sayangnya campur tangan politik pelaku-pelaku yang tidak mahukan keadilan itu yang merosakkan amanah.

Monday, December 21, 2009

Takjubnya cerita disebalik Sujud.

Sudah lama saya ingin berkongsi secara sains nya kenapa perlu bersujud. Dari segi sains dan ilmu agamanya, ia berkait, tersangat rapat.

Saya tinggalkan isu kerja buat seketika, kerana ada kalanya kerja yang kita tempuhi hari-hari sangat menduga kita, mencabar kita, dan menakutkan kita. Saya mohon melalui perkongsian ilmu ini, saya mendapat anugerah dari ALLAH taala supaya kerja-kerja saya dipermudahkan jalan oleh Nya. Semoga orang-orang yang tidak faham, menjadi lebih faham, kenapa kita bersujud, atau tepat sekali, kenapa kita perlu bersolat.

********************************************************************

Your Body receives a huge amount of Electromagnetic waves daily!


You get these Electromagnetic waves through the Electrical Equipments that you use and the various equipments which you can not leave!





Also, through the electrical lights which can not be switched off in certain cases for even an hour!


You are a source which receives huge amounts of Electromagnetic waves!


In other words, you are charged with electromagnetic waves without realizing it!


You have headache! You feel uncomfortable!


Laziness, in action and pain in different places!



Do not forget this when you feel some of these symptoms!

What is the solution from all this??!!

A non Muslim Scientist (From Europe) made a research from which he concluded that the best way for the body to remove the positive Electromagnetic charges which hurts the body is:

1)By putting your forehead on the ground more than once, so that the ground will discharge the positive harmful Electromagnetic charges!

2)This is similar to the grounding of the buildings where any positive electrical signals (Like thunders) would be discharged through the ground.

3)So, put your forehead on the ground to discharge the positive electrical signals!


What makes this research more amazing is that:
The best is to put your forehead on the sand

And it becomes more amazing that:
The best way is to put your forehead on the ground while you are positioned to the centre of the Earth! Since you will be able to discharge the Electromagnetic signals in a better and more efficient way!

And you will be amazed when you know that Mecca is scientifically proven to be the centre of the Earth!


And that Kaa’ba is the exact centre of the Earth!


So, “Prostration” in your prayers is:
1)The best way to discharge the harmful electromagnetic signals from your body!

2)It is also the ideal way to be very close from the Almighty who created this universe in such a creative way!


Allah Almighty will always ask us to do things because they are helpful and useful for us!There are cases when we won’t know the reason for a certain act, but sooner or later, you might be able to find the reason!In any case, you should trust the Almighty Allah and know that whatever you do for Him, is the best for you!



We do not prostrate to discharge the electromagnetic waves, but to obey the Almighty Allah! We trust that in His commands, there is always a wisdom! Our trust is because He is the Creator, He knows everything!

However, since a scientific reason is available, it was essential to show it to the people so that they can see that whatever Muslims do, is good for them!

***********************************************************************

Dengan berkongsi cerita begini, saya berharap kita tidak putus asa mempertahankan ajaran ALLAH, agama ALLAH, hukum hakam ALLAH, pemimpin-pemimpin yang inginmelaksanakan syariat Islam. Saya teringat kata-kata seorang penceramah terkenal, Ustaz Azhar,"Keimanan sahaja tidak cukup untuk masuk mencapai kejayaan di akhirat, tetapi ia perlu seiring dengan semangat untuk mempertahankan Islam"

Ulang tahun ke 22 HAMAS

Saya mengenali HAMAS secara terperincinya melalui buku bertajuk 'Dari Underground ke Parti Pemerintah', yang menjadi salah satu daripada koleksi buku kesayangan saya.

HAMAS , berjaya menundukkan keangkuhan FATAH. HAMAS inilah pembela keseluruhan rakyat Palestina.

Sokongan terhebat ummat Islam Palestina terhadap parti pemerintah mereka yang terlalu banyak mengajarkan erti Jihad buat negara Palestina.

Perhimpunan meraikan HAMAS selama 22 tahun penubuhannya...



Dan pada tahun sebelumnya...



Sumber : www.palestinekini.info




Salah satu saluran TV Zionis-Israel telah menyiarkan sambutan 22 tahun HAMAS yang telah di hadiri ratusan ribu rakyat Palestin. Kehadiran yang memeranjatkan itu membuktikan sokongan terhadap Perdana Menteri Ismael Haneya dan seluruh kepimpinan Palestin. Dalam kesempatan itu, Haneya menyatakan bahawa HAMAS bukan hanya akan membebaskan Gaza, malah seluruh bumi Palestin.
Wartawan saluran TV Zionis-Israel yang juga pakar dalam masalah Arab, Tzepi Ihzkili, mengatakan, “Kehadiran lebih dari 400 ribu rakyat Palestina di awal perayaan berdirinya gerakan Hamas adalah bukti nyata kekuatan gerakan yang belum pernah kita tandingannya di seluruh negara dunia Arab dan Islam.”

Ihzkili menjelaskan bahawa HAMAS dalam keadaan waktu yang singkat mampu mendapatkan kepercayaan dari rakyat Palestin dan mengembangkan kemampuannya; sampai gerakan ini menjadi rakyat, dan hidup di dalam hati ribuan orang rakyat.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Friday, December 4, 2009

Demi Matahari

"Demi matahari dan sinarnya di pagi hari,
Demi bulan apabila ia menerangi.."


Sebuah artikel tentang MATAHARI yang menarik sekali untuk dikongsi bersama, sebagai peringatan dan panduan hidup kita. InsyaALLAH.

***************************************************

Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope




Matahari dari dekat (5,000 KM)

Sebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?

Jibril : sebesar kurma...

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh
lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya
tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk
berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.


PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.

SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)

**********************************************

Thursday, December 3, 2009

Pelan Pendidikan Nasional ?

Demi melahirkan generasi Ulul Albab seperti yang disaran oleh Bekas perdana Menteri, dan sewaktu hebat mencanang isu Ulul Albab ini, dengan menaikkan billboard-billboard besar di tepi tepi jalan utama highway (terutamanya jalan highway keluar dari Terengganu ke Kelantan), bolehkah golongan ulul albab ini dihasilkan selaras dengan gilanya remaja-remaja kita kepada hedonisme, yakni hiburan melampau? Modelling dalam nyanyian dijadikan tokoh ? Hiburan melampau boleh merosakkan pembangunan insaniah. Dan kita masih perasan kita berada dalam kategori 'membangunkan insan'.



Mendapat email dari seorang rakan tentang satu pelan baru.
Bukan pelan rasmi, tapi lebih kepada..'warning' kepada pemimpin-pemimpin teratas yang mungkin tidak melihat situasi ini sebagai satu 'pelan tidak langsung'. Indirect impact to the current value of (supposed to-be) educated people in Malaysia.

Akademia Fantasia, My Star, itu la..ini la...how could these things happen to give good impact to the nation as a whole? the main thing is to Islam itself?

Owh, ini negara Islam, pemimpin-pemimpin Islam ( yang mengaku Islam ) sudah tahu akan isu ini. Mereka sedang berusaha lagi..jangan salahkan mereka, diri sendiri mahu ingat.

Isu payung dacing di Utusan.

Posting kali ini agak simple, tapi kelakar jugak.
Haiii..utusan ohh utusan, itu baru sedikit..yang selebihnya, jangan terlalu banyak tertipu yer wahai rakyat jelata. Maka berbaloilah saya memboikot utusan sudah lebih setahun ini.

Teringat kata-kata seorang kawan, "ko buat benda ni semua macam tak ada faedah pun untuk ko, tapi aku still respect ko, sebab ko ada belief on something yang terlalu kuat".

One of the beliefs, if saya rasa Utusan tu banyat 'mengampu' + 'merepek', maka tidak akan langsung satu sen pun duit saya jatuh untuk memajukan akhbar itu. Harakahdaily.net kan ada?

Baiklah, apa yang kelakar?

Ingat tak kisah pakcik tua yang mengamuk marahkan isterinya, lalu dia membunuh isterinya.

Tulisan bold : Dipetik dari www.cetusan-hati.blogspot.com
Bolehkah media kita diajar erti kredibiliti?

Tanpa menyakiti Utusan, tetapi tulisan Art Harun dalam blognya Articulations, menulis tentang Utusan buat sedikit 'touch' untuk tukar gambar payung berlambangkan dacing dengan gambar payung biru tanpa dacing, barangkali cukup untuk kita merasa tertanya-tanya Utusan ini apa..?



Terdapat payung berlambang dacing di belakang pak cik yang ditangkap kerana membunuh isterinya yang minta cerai di Kedah. Gambar yang sama diguna pakai oleh Metro, The Star dan Berita Harian.

Tapi demi maruah BN, Utusan menyiarkan gambar yang diubah seperti di bawah pada berita yang sama, 10 Nov 2009;




Itu baru sedikit yang kita tahu, yang banyak lagi...Tuhan sahaja yang tahu.

Wednesday, December 2, 2009

Himpunan kisah Salahuddin Ayubi.

Hari Pahlawan adalah sepatutnya disambut bagi mengenang tokoh pejuang Islam seperti Salahuddin Ayubi.

Dipetik dari : http://muarsenal.wordpress.com/2009/06/28/salahuddin-al-ayubi-sebagai-tokoh-kebangkitan-islam-part-8/

Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakala yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin.

Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192 M, keseluruhannya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian.

Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi.

Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan dari pada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura (musyawarah)yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

**********************************************************************

Dipetik : Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (UKM)

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.

Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.

Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.

Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.

Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.

Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.

Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

************************************************************