NORA's ELECTRONIC INTIFADA TO SUPPORT THE KHILAFAH

NORA's ELECTRONIC INTIFADA TO SUPPORT THE KHILAFAH
Khaibar O`Zionist and Secularism. Support HAMAS and PALESTINE.

Saturday, August 14, 2010

Dinar dan dirham emas

Apa itu dinar dan dirham ?
Melalui laman web wikipedia.com, istilah dinar ini adalah bermaksud mata wang yang berasaskan emas, dan pernah di gunakan semasa pemerintahan Nabi Muhammad SAW di Madinah Al-Munawwarah.Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.

Hadis berkaitan dinar.
Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)

Kebaikan penggunaan dinar.
Penggunaan emas dan perak adalah sangat stabil. Pakar-pakar ekonomi membuktikan bahawa emas dan perak adalah sangat menguntungkan dan menarik perhatian, percaya atau tidak sekiranya dikatakan. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa. Secara kasarnya, ia membuktikan inflasi sifar semenjak dari tamadun khalifah Islam lagi.

Sedikit sebanyak info tentang dinar emas ini yang saya ambil dari website emaskini.com;



Menyedari kesan negative penguasaan ekonomi global oleh Amerika Syarikat dan Yahudi, Negara-negara Eropah mulai bangkit dengan memperkenalkan dan menggunakan matawang Euro demi kestabilan ekonomi mereka di rantau dunia khususnya di Eropah. Dalam kegawatan dan kekalutan ekonomi ini, muncul seorang hamba Allah di Germany bernama Mr.Umar Vanillo (berbangsa Spanyol/dalam gambar memakai coat hitam) yang sentiasa peka dengan status perkembangan ekonomi dunia. Hasil penelitian dan pengamatan beliau, Mr.Umar berpendapat bahawa ekonomi umat Islam hanya mampu kembali utuh dan kukuh jika umat Islam kembali bersatu padu dan bersepakat menggunakan matawang dinar dirham dalam urusan harian mereka sepertimana yang pernah dipraktikkan di zaman Rasulullah s.a.w dahulu. Inilah sebenar-benar jihad ekonomi yang wajar dilancarkan oleh Umat Islam dalam usaha untuk melumpuhkan penguasaan serta monopoli ekonomi dunia oleh Amerika Syarikat dan Yahudi.

Dan, saya juga sangat tertarik dengan tulisan dari Puan Hajjah Nik Mahani B Muhammad,FCCA (UK); Ahli Lembaga Pengarah Kelantan Golden Trade (M) Sdn Bhd , yang mana artikelnya mengenai penggunaan dinar dan dirham emas ini sebagai salah satu muamalat syariah di http://www.jutawanduniaemas.com/2010/02/bagaimana-dinar-dan-dirham.html. Antara kenyataan beliau dalam artikel itu adalah berbunyi;
Tidak pernah ada rasa terbuku dihati sanubari untuk menyoal mengapa dan kenapa kita menukarkan barangan kita yang ada nilai sebenar dengan sekeping kertas yang tiada nilai sebenar .Apa dia maksud Ringgit sebenar nya ? Paling baik; bolehlah kita tafsirkan sebagai ianya merupakan catitan hutang yang dijamin oleh Bank Negara kita! Pun demikian sekiranya anda beranikan diri pergi menuntut hutang tersebut dibayar dengan sesuatu yang nilai setimpal dengan nilai hutang tersebut dari Bank Negara; saya percaya mereka sendiri pun akan terpinga-pinga untuk menunaikan hajat anda ! Nak dibayar hutang tersebut dengan apa ? emas? Ringgit tidak lagi ada sandaran dengan emas atau perak sejak tahun 1971! Bukan kah ini bererti Ringgit sebenarnya bukan catitan hutang yang dijamin oleh kerajaan atau Bank Negara atau oleh sesiapa pun!! Menyedari hakikat ini kita akan membuat suatu konklusi bahawa adalah sangat tidak adil dan melanggar kebebasan kemaanusian apabila rakyat Malaysia dipaksa menerima penggunaan Ringgit sebagai ‘legal tender’ dalam semua urusan yang melibatkan penggunaan Ringgit!

Berbalik kepada isu semasa yang dibawa ke 'dewan media' diantara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan, ada sahaja yang tidak kena, mengapa tidak kena? kerana ianya dari Kelantan, dari kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz.

Kelantan, secara rasminya melancarkan promosi penggunaan wang dinar dan dirham sebagai mata wang alternatif untuk pelbagai urusan termasuk perniagaan, membeli belah dan pembayaran zakat di negeri ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu.

Tetapi, saya lebih suka akan kenyataan dari Puan Hajjah Nik Mahani yang menyatakan secara berani tentang sepatutnya muamalat yang menurut syariah (perniagaan dan perdagangan) seharusnya perlu saling redha meredhai di antara pembeli dan penjual.

Dalam hokum-hukum Muamalat Syariah Islam dalam perkara transaksi asas perdagangan dan perniagaan mahupun dalam apa jua pertukaran yang melibatkan alat-alat pertukaran; kedua-dua belah pihak – Sipenjual dan Sipembeli atau sipemberi dan Sipenerima BEBAS menentukan samaada setuju atau sebaliknya – menggunakan Ringgit atau sebarang jenis pertukaran yang kedua belah pihak setuju menerimanya!

p/s : sila baca tulisan beliau di http://www.jutawanduniaemas.com/2010/02/bagaimana-dinar-dan-dirham.html untuk pemahaman yang lebih baik.

Wallahualam, sekadar berkongsi perkhabaran gembira. :)

2 comments:

Anonymous said...

Apa le bangang tok n.ajis nih zaman mahadhir Malaysia dan berdagang dengan Iran dlm dinar dan emas....apa nak kecoh-kecoh dah lama buat dahh...

Anonymous said...

bangang? cuba bnding ilmu agama tok guru dngn ko....ko lagi bangang kot... dah wat lama knp skrg xdgr pape pn......