NORA's ELECTRONIC INTIFADA TO SUPPORT THE KHILAFAH

NORA's ELECTRONIC INTIFADA TO SUPPORT THE KHILAFAH
Khaibar O`Zionist and Secularism. Support HAMAS and PALESTINE.

Monday, January 17, 2011

Mata Pena untuk PRU13 : Siri 1 – Islam tidak pernah menolak pembangunan.

Sahabat, menuduh Islam itu jumud, kuno, lekeh dan tidak moden, dikalangan orang Islam sendiri adalah fitnah terhadap agama Islam . Islam didatangkan dengan pakej Al-Quran, sebagai kitab panduan sepanjang zaman. Janji ALLAH menjadikan Al-Quran terpelihara sepanjang zaman hingga ke akhirat adalah kerana ianya bias menyelesaikan semua masalah yang melanda dunia kini. Sedar atau tidak, Jepun juga sudah lama menyelesaikan masalah sosial yang berlaku di Negara itu dengan cara mengasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan dalam gerabak keretapi. Itulah antara salah satu ajaran dibawa Al-Quran.

Malaysia, bila KTM mahu menyediakan gerabak untuk wanita, ada sahaja mata-mata dan mulut-mulut NGO yang mengganggap ianya satu penghinaan buat wanita. Dan yang berkata begitu, tentu sekali wanita, juga muslim dan tidak bertudung pun! Patutlah jahil, lebih baik diam dari bersuara, tahukah mereka Masalah aurat mereka pun belum selesai.

Saya tertarik dengan tulisan TGNA dalam Harakah, Edisi 13-16 safar 1432.
“Dan mereka berkata : Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami. Atau kamu mempunyai sebuah kebun korma dan anggur...... Atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping ke atas kami.....Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu sehingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca.” ( sila rujuk surah Al-Isra’ ayat 90-93 untuk terjemahan yang lengkap ).
Ayat diatas merujuk kepada Musyrikin Quraisy yang mahukan bukti dari segi material untuk menyakinkan mereka bahawa Rasullulah itu benar-benar utusan ALLAH.
Dipetik dari TGNA berkenaan ayat itu; Ayat tersebut saya yakin turut dibaca pemimpin Umno. Bahkan tidak mustahil ayat ini turut dipertandingkan ketika musabaqah tilawah al-Quran setiap tahun. Ia menceritakan dialog yang diucapkan oleh kaum musyrikin Quraisy sewaktu menentang dakwah Nabi saw.
Mereka mencabar Nabi saw dengan pelbagai bukti material termasuk la mendatangkan mata air dari bumi atau kebun kurma dan anggur , kepingan emas dari langit dan rumah yang dibuat daripada emas.
Inilah politik jahilliyah, Politik mereka ialah politik pembangunan material semata-mata. Ukuran mereka untuk menerima dan menolak dakwah adalah pembangunan yang dapat dilihat dengan mata kasar mereka.
Saya bimbang, politik sama cuba dibawa oleh Umno-BN ketika menentang perjuangan PAS. Jika hari ini Umno akan berbekal dengan janji pembangunan, apakah bezanya dengan corak pemikiran kaum Musyirikin Quraisy?


Sahabat, Islam tidak menolak pembangunan. Datanglah ke Kota Bharu, dan lihatlah perubahan dibawah pemerintahan PAS yang membuka ruang untuk semua kaum mengecapi segalanya bersama. Tahun 2009, terbukti pasaraya KBMALL di Kelantan mewakili Malaysia ke Belanda untuk pertandingan pasaraya terunggul kerana ekonomi rakyat Kelantan yang disenaraikan sebagai kuasa beli tertinggi di Malaysia. Kompleks membeli belah dan pembangunan Bandar terancang di Kubang Kerian, Pasir Putih dan Pasir Mas sedang pesat.

Islam tidak akan menolak pembangunan, tetapi Islam juga mahukan seorang Muslim itu hidup dengan hati dan jiwa yang sentiasa mengingati ALLAH, mengingati akhirat, mengingati dosa dan pahala. Pentingnya penerapan sebegini di dalam jiwa , dan rohani , supaya gejala-gejala sosial, seperti merogol, merompak, membunuh, merasuah dan sebagainya tidak perlu dibanteras oleh pihak berkuasa semata-mata, tetapi sudah diselesaikan diperingkat individu.

Sahabat, PRU13 ini, saya rasa Umno sudah hilang modal jika mahu menawan Kelantan dengan isu pembangunan. Saya juga tidak pasti kenapa pembangunan dalam pakej ECER yang dibawa ke Kelantan, sudah masuk 2 tahun, masih belum siap lagi terutamanya Project Jambatan Kedua di Sungai Kelantan . Tersangat perlahan progress nyer! Project Kerajaan Negeri, lepas satu, satu siap. Haih, malu la macam ni. Takkan masih buta hati?

1 comment:

Anonymous said...

mohon link / banner
http://wicararumi.blogspot.com/